Saturday, December 12, 2009

MASALAH CLAIM ACCIDENT

Anda di langgar dari belakang :

Kebiasaannya kes seperti ini, orng melanggar yang bersalah. Tak kiralah anda memandu kenderaan itu secara laju atau secara perlahan. Kes ini dengan syarat kejadian ini berlaku dalam lingkungan atau kawasan lorong yang anda pandu.


What should you do / Apa harus anda buat ?

1. Jangan bergaduh atau bertengkar dengan pemandu yang melanggar anda (dibimbangi akan wujud masalah yang tak disangka-sangka akan terjadi). Sekiranya anda ingin berbincang, berbincanglah dengan cara berhemah.

2. Catat nombor kenderaan yang melanggar anda.


3. Sekiranya ada kesempatan lihat dan catat tarikh roadtax kenderaan yang melanggar anda masih bekuatkuasa atau telah luput tarikh (sekiranya telah luput tarikh, ini menyebabkan anda tidak dapat membuat tuntutan claim ke atas insuran kenderaan berkenaan).


4. Sekiranya camera ada bersama anda, cuba rakamkan pemandu yang melanggar kenderaan anda. Ini bagi mengecamkan pemandu yang melanggar anda sekiranya kereta yang dipandu itu adalah kereta curi. Dikhuatiri pemandu yang melanggar anda akan menghilangkan diri.


5. Terus kebalai polis untuk membuat laporan kemalangan. Di dalam report polis hendaklah diceritakan apa kah yang rosak disebabkan oleh kemalangan. Ini bertujuan untukl claim. Sekiranya barangan yang rosak tidak diceritakan peluang untuk claim barang yang rosak agak susah. Oleh itu anda dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membuat laporan polis.

DIHARAPKAN SEMOGA MAKLUMAT INI DAPAT MEMBANTU SEDIKIT-SEBANYAK UNTUK PEMBACA BUDIMAN

Accident di simpang empat

No comments:

Post a Comment